Satu Malam Di Annwn

Tekst
0
Recenzje
Przeczytaj fragment
Oznacz jako przeczytane
Czcionka:Mniejsze АаWiększe Aa

“Adakah sebab itu kamu selalu kabur-kabur dan ghaib?”.

“Saya tidak sedar melakukan itu, tapi ya, mungkin. Ianya memang sukar. Saya menumpu perhatian untuk menonjolkan keterampilan itu, pergi dan cakap sesuatu dan terlupa keterampilan saya. Setidak-tidaknya saya tidak perlu buat itu lagi dengan kamu”.

“Maaf, kamu tidak menjawab soalan saya… Adakah saya kelihatan muda dan kacak semula?”.

“Kamu cukup untuk saya, sayang, tapi jawapannya tidak. Kamu masih ada jasad, dan ianya tua sama dengan yang lain… Kamu tahu, kulit meloyot, otot lemah, tulang belakang bengkok, uban, lemak lembek…”.

“Ya, cukup saya sudah jelas, dan adakah si kacak itu saya yang kamu lukis”.

“Saya minta maaf, tapi kami selalu berusaha pada perasaan dalaman di sini dan salah satu latihannya ialah bercakap benar… dan kamu pun bertanya. Saya bukan sengaja melukakan hatimu, ia tak? Lagipun, jasad fizikal kamu sudah menyerap kamu yang sebenar, dan jika kamu tidak membebaskan diri darinya dan tanpa latihan, kamu akan nampak sama di sini dengan di atas”.

“Tidak, itu bukan yang sebenarnya. Di sini kamu sebenarnya tidak membawa jasad fizikal kamu, jadi kamu mungkin berasa ringan, lebih lincah, lebih bertenaga, dan itu menjadikanmu lebih bahagia. Kamu mungkin rasa dua puluh tahun lagi muda bila kita keluar berjalan nanti”.

“Itu suatu untuk dikejarkan pun… Tapi tunggu sebentar! Jika saya belum mati, er, maaf, jika saya masih hidup, dan itu yang kamu katakan kan?” Dia mengangguk. “Di mana jasadku?”.

“Ianya dalam hospital”.

“Saya rasa doktor beritahu tadi yang saya dalam hospital”.

“Ya, betul, tapi dia cuma bersetuju denganmu untuk elak perbincangan ini dengan kamu. Kami rasa ianya lebih baik datang dariku”.

“Jadi, kamu kata yang saya bukan di hospital, tapi jasadku ya… di situ?”.

“Ya, tapi kamu boleh panggil ini hospital juga, jika kamu mahu. Kamu sedang beransur pulih setelah sakit mengejut. Cuma kita tidak kendali dengan jasad fizikal di sini. Separuh dari kamu ada dalam Hospital Kesihatan Cardiff”.

“Jadi, ianya di sana, lebihkurang empat puluh batu jauhnya, dan saya di sini bawah pergunungan?”.

“Ya, ianya terlalu dipermudahkan, tapi ia boleh diterima”.

“Bolehkah saya jumpanya lagi?”.

“Oh, ya. Kamu akan bergabung dengannya semula bila kedua-dua kamu sudah cukup pulih. Ianya tidak lama lagi”.

“OK, saya tidak risau tentang itu… lagipun saya tidak risaukan apa-apa pun sebenarnya…”.

“Baiklah”, senyum Sarah, “Itu cara yang kami suka”.

“Cuma saya ada banyak soalan. Bagaimana saya kemari? Dan macamana jasadku berada di sana?”.

“Ah, soalan yang bagus”.

“Saya terangkan tentang kamu dulu kemudian jasadmu, sebab mereka berbeza. Saya lawat kamu dari masa ke semasa siang dan malam, sebagaimana yang kamu tahu, dan saya tahu kamu ke pub dengan Dai, jadi saya biarkan. Selepas itu, saya lawat rumah dan bila kamu masih belum pulang saya terus turun ke kampung. Saya menjumpaimu dan Kiddy di batu rehat lama itu. Jadi, saya ‘bawamu ke sini’ menggunakan terma yang kamu faham dan minta pertolongan di sini. Pertolongan itu membawa kamu kepada saya, sebab saya nampak ianya bukan masa lagi kamu meninggalkan jasadmu untuk selama-lamanya”.

“Walaupun begitu, tiada apa yang boleh kami bantu pada jasadmu, jadi saya bergegas ke Becky, yang sedang tidur dan bercakap padanya dalam mimpi. Saya mungkin telah menakutkannya sedikit, sebab dia ingat ianya suatu mimpi ngeri. Dia kejutkan suaminya John dan beritahunya yang dia bermimpi ngeri di mana kamu terkulai di jalan selepas balik dari pub - ‘terlalu mabuk’, itulah ungkapannya saya fikir”.

“Lagipun, dia tidak berhenti mendesak John, jadi John beritahunya untuk menjaga anak-anak sementara dia pergi ke pondok. Saya tidak akan beritahumu apa mereka kata tentang kamu tidak mahu telefon bimbit. Tapi, dia bertemu jasadmu dengan senang sambil saya berdiri di sisi jasadmu menunjuk-nunjuk dan melompat-lompat. Saya tidak pasti bagaimana dia angkat kamu ke tempat duduk belakang tapi dia melakukannya, dengan sedikit pertolongan dari saya dan seorang lagi dan dia letak Kiddy dalam but dan bawamu jumpa doktor, yang juga sedang tidur”.

“Kamu membuat kekacauan besar, saya beritahu kamu dan kamu masih jadi perbualan kampung hari ini”.

“Kemahsyuran lima belas minit saya, eh?”.

“Lebihkurang begitulah, ya”.

“Lagipun, Becky duduk bersama jasadmu dan pergi ke hospital denganmu - sebenarnya, dia masih di sana. Kasihan perempuan itu tidak berhenti berdoa dan menangis, dan John sudah menanam Kiddy dalam laman belakang kita. Tiada siapa boleh buat apa-apa untuknya; dia sudah mati, tapi jangan risau, eh? Dia gembira sahaja, kan perempuan?” katanya sambil menunduk untuk membelai anjingnya. Ianya tidak mengambil masa untuk binatang membiasakan diri, sebab mereka tiada perasaan awalan yang mencegahnya dari melihat yang Benar”.

“Ya, dia perempuan baik. Dialah penyejuk hati saya sejak kamu pergi, er, pindah, atau ianya ke sana?”.

“Diganti dengan anjing, eh? Sangat kejam lelaki ni! Cuma gurau! Saya suka dia di sana. Untuk kematian, kamu boleh menerangkan dalam apa jua cara yang merujuk hakikat sebenar”.

“Bila kita keluar berjalan, saya tidak sabar untuk mengenali dunia bawah tanah kamu”. Dia keluarkan kakinya dari bawah selimut dan melihat bawah selimut. “Saya tidak berpakaian”.

“Bajumu ada dalam almari di hospital, tapi jika kamu merujuk pada dirimu di sini sekarang, yang sebenarnya bukan sahaja kamu tidak berpakaian, kamu tiada apa-apa pun”.

“Ya, saya ada. Saya ada selimut”.

“Tidak dari mana saya duduk”.

“Baiklah, apa ini? tanyanya sambil memegang bucu selimut ke atas.

“Itu dan katil yang kamu fikir kamu sedang baring atasnya adalah imaginasi kamu, tapi bukan saya. Sebab itu, kamu lihatnya, tapi saya tidak”.

“Katakan semula, tolong, Sarah?”.

“Bila kamu terjaga, kamu mengganggap kamu di hospital, jadi kamu lihat orang-orang di sekelilingmu sebagai doktor dan jururawat. Lagipun, pesakit di hospital baring atas katil berselimut, jadi itulah yang kamu nampak. Tapi, kami tahu yang kamu bukan di hospital untuk jasad fizikal dan kamu bukan atas katil dengan selimut, jadi kami tidak nampaknya. Kamu lihat apa yang kamu fikirkan”.

“Jadi, semua orang itu lihat saya, er, bogel?”.

“Saya tidak tahu apa yang mereka lihat. Ianya bergantung pada tahap kepercayaan dan apa yang mereka mahu lihat”.

“Jadi, kamu pun bogel juga?”.

“Apa yang kamu nampak, Willy?”.

“Ianya aneh… Bila saya mula-mula nampak kamu, kamu dalam unifom jururawat, tapi bila saya kenali kamu, kamu memakai pakaian yang dipakai sekarang - baju panjang putih dan sejambak bunga putih di rambutmu seperti mahkota. Yang peliknya, saya tidak nampak kamu bertukar…”.

“Itu sebab saya tidak, persepsi kamu padaku yang berubah, jadi ianya serta-merta, tapi cuma dalam kepalamu. Yang jelas, saya boleh biarkanmu memakaikanku apa sahaja, dan saya boleh berpakaian apa sahaja juga dan kita boleh kelihatan berbeza pada orang lain pada masa sama. Kamu belum berlatih untuk ini lagi, tapi kamu akan belajarnya bila kamu duduk di sini”.

“Saya suka baju putih panjang dan mahkota itu, saya rasa itu sesuai sekarang. Untukmu, Willy, cuba bayangkan kamu memakai apa jua pakaian yang kamu suka dan kamu akan jadinya, setidaknya untuk kamu sendiri. Bila kamu lebih mahir, kamu boleh mencadangkan pakaian yang kamu pakai pada sesiapa sahaja yang melihatmu dan mereka biasanya akan terima cadanganmu”.

“Bagaimana perasaanmu, sayangku? Adakah kamu cukup sihat untuk keluar?”.

“Ya, saya rasa hebat. Saya boleh makan seekor kuda juga. Kamu sukakan pakaianku?”.

“Kamu kelakarlah, Willy!” katanya sambil tersenyum kesayangan padanya. “Saya tidak nampak apa-apa pakaian, saya baru beritahumu. Saya cuma nampak Willy tersayang”.

“Mmm, saya cuba buat-buat tidak faham, atau saya tidak akan berani pergi keluar. Boleh kita makan dulu?”.

“Di mana, dalam bilik atau di luar?”.

“Di luar, saya rasa”.

“Kamu lapar?”.

“Saya kebulur”, katanya sambil mengosok perut.

“Kamu pasti?”.

“Tidak, saya tidak”, jawabnya perlahan. “Jika difikirkan, saya langsung tidak lapar. Paling tidak, badanku tidak lapar, tapi otakku mengatakan sepatutnya lapar. Saya andaikan saya tiada jasad untuk berasa lapar, kan?”.

“Ya, kamu tahu, tapi doktor di hospital sedang memberi makan padanya dengan penitis. Lagipun, kamu masih bersambung padanya, jadi kamu boleh rasa perutmu mengecil. Biar saya meyakinkanmu bahawa, kamu tidak lapar. Itu tidak pun menghalang kita dari makan jika mahu. Kita cuma kehilangan tabiat itu. Saya akan dapatkanmu sedikit makanan, jika kamu mahu, beritahu sahaja”.

“OK, biarlah ia buat masa ini. Kita ikut keadaan. Tunjukkan jalan, sayangku”, katanya sambil membuka pintu untuk isterinya.

1 4 ANNWN

Bila William menutup pintu di belakangnya, dia menoleh ke Sarah yang berdiri di tengah-tengah padang luas tanah merah yang kosong. Dia tersenyum dengan pandangan aneh, seakan menunggu sesuatu.

“Inikah dia, Annwn?” tanyanya.

“Ya, kenapa, apa yang kamu harapkan?” tanya isterinya.

“Saya tidak tahu, saya tidak tahu apa untuk diharapkan…”.

“Jadi, kamu tidak nampak apa-apa, eh? Lihatlah, apa yang kamu nampak? Beritahu saya…”.

“Seperti katamu, tiada apa-apa, cuma kemerahan yang gelap”.

“Ramai pengunjung berkata begitu. Yang lain kata mereka nampak zaman lampau atau seakan Valhalla Nordik…”.

“Zaman lampau? Ya… wow!” Dan itulah yang muncul depannya. Mereka berdiri di laman tengah istana kuno bawah tanah dengan gerai-gerai penjaja, kuda, lembu, kambing, anjing, orang dewasa dan kanak-kanak.

 

“Ini menakjubkan! Di mana semua ini datang?”.

“Ianya dan mereka ada di sini sepanjang masa dan buat apa yang mereka buat sekarang, cuma kamu tidak nampak mereka kerana kamu tidak berharap untuk lihat mereka. Sekarang bila kamu tahu mereka di sini, mereka akan hidup di mata kamu dan kehidupanmu di mata mereka”.

“Saya rasa saya mula faham sekarang. Di mana datangnya cahaya?”.

“Dari imaginasimu, atau kamu teliti dan kamu akan nampak banyak punca cahaya. Imaginasimu akan lihatnya sebagai api obor, tingkap atau juga jendela langit”.

“Ya, saya nampaknya, tapi jika semua itu bukan punca cahaya sebenar apa dia?”.

“Fikirkan betul-betul… Jadi?”.

“Pergunungan ini tidak wujud dan dunia kita… Ah, baru faham! Jadi sebenarnya tiada apa-apa yang menghindari cahaya matahari… Betul!”.

“Tiada apa yang menghindari cahaya matahari, itu betul, tapi matahari tidak wujud di dunia kita juga dan kita sebenarnya tidak memerlukan cahaya pun untuk melihat. Orang-orang menjelmakannya dengan imaginasinya sebab mereka mengandai bahawa mereka memerlukannya, atau sepatutnya ada, atau ianya memberikan keselesaan pada mereka atau mereka mengingati kehidupan di bumi. Ianya sebenarnya lucu, tapi mereka pun lucu, kan? Kita juga? Boleh saya katakan, sebab setiap orang buat atau melakukan sesuatu yang tiada sebab disebabkan sesuatu itu biasa dahulu”.

“Seperti orang-orang yang membeli-belah makanan dan penjaja-penjaja yang menjualnya. Beritahu saya kenapa perlu wang dalam kehidupan setelah mati? Ianya sama dengan orang-orang yang minum dalam kedai arak di seberang laman ini. Mereka bersuka-ria berbual kosong dengan kawan-kawan, tapi mereka tidak sedar yang mereka tidak perlu minum bir, atau ale, jika mahu bersuka-ria lagi. Mereka tiada jasad lagi untuk dimabukkan alkohol… dan mereka tahu, jika mereka berfikir, tapi mereka tersadai reput, yang tidak membahayakan tapi”.

“Mereka tidak memudaratkan orang lain, kan, jadi mana ada keburukan?”.

“Oh, tidak mudaratkan orang lain, cuma tiada guna sahaja. Kamu lihat, kamu tidak boleh cederakan sesiapa kecuali dirimu sendiri di sini. Mereka membuang masa mereka sahaja”.

“Oh, ia ke! Beberapa jam minum bir tanpa sebab dan berjenaka dengan kawan-kawan tidak akan membuat kacau dengan pembangunan spiritual mereka, pastinya!”.

“Saya setuju. Saya bukan tidak setuju dengan bersuka-suka dengan kawan-kawan atau minum bir dengan mereka, tapi kamu tidak tahu berapa lama mereka duduk di situ. Ianya mungkin lima ratus tahun. Seperti Potty Henry. Dalam lima ratus tahun, kamu boleh hidup dua, tiga atau sehingga lima kali dalam jasad. Itu adalah pengalaman yang banyak untuk dibazirkan… Atau cuba fikirkan benda-benda yang baik mereka boleh lakukan. Ianya tidak memudaratkan sesiapa; cuma pembaziran yang menyedihkan sahaja… Itu sahaja”.

“Ya, bila kamu katakan begitu, saya faham. Setidaknya di bumi, kita minum sedikit bir, jadi mabuk dan balik rumah… lima ratus tahun adalah masa yang lama…”.

“Sebenarnya, saya pun tidak tahu berapa lama kumpulan itu duduk di situ, tapi kamu dengar desas-desus, kamu tahu… dan bila minum di bumi, berlebih-lebih adalah buruk padahnya di mana sahaja”.

“Lagipun, cukup pasal itu sekarang. Kamu mahu berjalan-jalan di tempat ini, Willy?”.

“Apa kamu panggil ‘tempat ini’, Sarah, dan berapa besar ia? Ianya tidak nampak cukup besar bagi menampung roh-roh untuk beribu tahun, jika perkataanku boleh diterima”.

“Ya, ‘roh-roh’ adalah perkataan bagus. Saya nampak kamu masih belum betul-betul faham konsep itu lagi, tapi tidak mengapa. Kita semua bergerak pada kelajuan sendiri. Kebanyakan kita di sini, yang dipanggil Wales, memanggil tempat ini antaranya Annwn atau Dunia Lain, bila mereka berada di sini seketika, walaupun mereka ada nama lain untuknya sebelum ke sini. Kawasan ini di Annwn seperti bandar besar Annwn dan dipanggil Annwn juga. Untuk saiznya, saya tidak rasa ada sesiapa pun tahu berapa besarnya ia. Ianya sentiasa cukup besar untuk semua yang mahu ke sini”.

“Walaupun begitu, angkanya mungkin lebih kecil dari yang kamu andaikan, sebab orang-orang sentiasa dilahirkan semula setiap masa, dan ada yang berpindah. Lagi satu ialah saya mungkin kelihatan seperti isterimu yang tinggi lima kaki lima dan berat lapan batu yang kamu kenali, tapi saya sebenarnya tidak mengambil apa-apa ruang. Saya cuma nampak begitu, tapi ianya hanya ilusi, sebagaimana yang saya sudah jelaskan”.

“Semua benda dan semua orang, atau keterampilannya, adalah ilusi untuk menjadikan ianya mudah difahami oleh orang-orang baru… dan peminum, pembeli dan penjual itu belum berpengalaman lagi bagi memahami bahawa apa yang mereka buat, adalah, lucu dan tiada makna. Adakah itu lagi jelas?”.

“Saya pasti saya mula memahaminya. Saya cuma iri hati dengan orang-orang itu. Saya sangat berhajat segelas arak dan makan tengahari Ploughman”.

“Itu sesuatu untuk memberitahu budak-budak di Bryn Teg, kan, yang saya minum segelas arak dan makan tengahari Ploughman di Syurga bersama isteri saya. Marilah!”.

Mereka melintas dataran itu dan masuk ke bar, di mana dinding hadapannya terbuka menghadap ke laman besar. Lima lelaki yang duduk di meja, yang mereka terpaksa lalu untuk ke meja kosong melihatnya dengan mencurigakan dan kepada isterinya dengan keberahian. Mereka duduk bersebelahan ke arah dinding yang terbuka. Tuan kedai datang dengan cepat kepada mereka.

“Selamat datang, tuan, puan. Mahu apa-apa?”.

“Sarah?”.

“Oh, tiada apa-apa untuk saya terimakasih. Saya tidak boleh makan atau minum apa-apa”.

“Oh, ya, baiklah. Um, beri saya segelas yang pahit terbaik, tolong tuan kedai dan makan tengahari Ploughman”.

“Yang pahit?”.

“Dia maksudkan ale”, kata Sarah.

“Ale saya ada, tapi apa makan tengahari Ploughman? Ia bukan sesuatu yang aneh asing kotoran Cavalier, kan? Saya tiada Cavalier di sini. Kami semua jenis lelaki tulin Roundhead dan kami tidak mahu bergaduh di sini. Jika kamu Cavalier saya jemput kamu dan puan kamu pergi bawa adatmu ke tempat lain”.

“Kami bukan Cavalier, tuan yang baik” kata Sarah. “Kami pengikut tetap Roundhead juga, makan tengahari Ploughman, ialah apa yang anak perempuan kami panggil roti, keju, bawang, sebiji epal, dan apa sahaja yang kamu ada. Ianya panggilan suka-suka keluarga kami”.

“Oh, jika itulah, saya bincang dengan puan kedai apa boleh dihidangkan”.

Kelima-lima lelaki di meja tadi memandang tajam pada mereka, tapi kembali berbual berbisik-bisik bila tuan kedai pergi.

“Roundhead dan pembunuh Cavalier? Itu dari Oliver Cromwell kan? Kamu betul, lebihkurang lima ratus tahun dahulu”.

“Ya, seperti saya kata, desas-desus berkeliaran, kamu tahu”.

Beberapa minit kemudian, tuan kedai meletakkan semangkuk tembikar bir yang berbuih dan sepapan makanan di hadapan mereka. Itu dia Ploughman”.

“Ya, ianya sempurna, terimakasih”.

“Saya perlu ingat itu, makan tengahari Ploughman. Itu berharga tiga pence, tolong, tuan”.

Dia melihat kepada Sarah bersedih.

“Saya tidak berfikir! Duit! Saya tiada duit!”.

“Ya, kamu ada. Lihat pada poket dada kamu, saya nampak tiga penny berkilauan di dalamnya pagi tadi”.

Dia menyeluk poketnya dan rasa beberapa duit syiling yang dikenalinya. Dia keluarkannya dan beri pada tuan kedai yang menunggu. Mereka berdua berasa lega.

William makan makan tengaharinya dan minum bir sambil diperhatikan oleh isterinya yang tersenyum, menggeleng-geleng kepala sekali sekala.

“Ini menggiurkan! Ianya minuman & makanan terbaik yang pernah saya rasa…, er, sejak kamu ke sini, maksudku, sayangku”.

“Pemuji! Ayuh kita keluar dari kongkongan masa ini, saya rasa ianya menyedihkan, meminggirkan dan merisaukan, tidakkah begitu?”.

“Tidaklah, saya sukakannya. Jika saya bersendirian di sini saya mungkin duduk bersama lelaki-lelaki itu sambil bertanya perihal peperangan yang berlaku”.

“Satu peperangan yang tamat lebih empat ratus enam puluh lima tahun lalu? Menakjubkan? Saya pasti. Kamu mungkin lebih tahu mengenainya dari mereka. Apa yang kamu mahu lawat sekarang?”.

“Ada gereja? Tidak, soalan bodoh, tapi saya sentiasa suka gereja yang bagus”.

“Kenapa ianya soalan yang bodoh? Jika kita ada pub, sepatutnya kita ada gereja juga”.

“Baiklah, tunjukkannya, Sarah”.

Mereka melintas laman tengah sekali lagi dan berdiri di hadapan Gereja Gothik yang dia tidak perasan sebelum ini.

“Jangan beritahu saya, kamu tidak pernah melihatnya. Itu sesuatu yang kamu perlu biasakan. Kami ada banyak gereja dan tempat sembahyang dalam semua bentuk di sini, tapi ini saya rasa kamu akan paling suka”.

“Kamu amat kenal saya, Sarah. Saya tidak fikir bahawa tempat sembahyang sepatutnya terlalu dipamerkan. Mari lihat di dalam”.

William memegang pintu terbuka dan mengikutinya masuk. Ianya satu gereja bandar kecil Welsh dari pertengahan dekad ke sembilan belas. Jenis yang William suka berkunjung bila melawat Cardiff sekali sekala atau salah satu bandar yang lain. Dia mengunjurkan Sarah agar duduk di belakang dan melihat sekeliling. Ada tiga orang bersembahyang di hadapan, tapi mereka tidak melihatnya, lagipun dia lebih berminat mengkaji kaca tingkap-bercoraknya. Tingkap besar adalah Jesus di atas palang dan yang kecil adalah Mary dan Bayi.

“Ada suasana yang tenteram di sini”, katanya. “Sangat baik. Tidak terfikir saya bahawa orang-orang akan bersembahyang di Syurga juga”.

“Kamu akan terperanjat dengan apa yang berlaku di sini”, jawabnya. “Ramai orang yang duduk di gereja tidak sedar yang mereka sudah mati. Maksud saya ramai yang lain umumnya, tapi kebanyakan yang tua takut Tuhan yang paling teruk. Ada yang tahu mereka sudah pergi, tapi tidak faham mengapa mereka belum jumpa St. Peter di Pintu Pagar. Yang lain duduk di langit bermain harp sambil menunggu untuk dipanggil. Ianya cukup untuk membuatnya berputus-asa. Mereka lagi teruk dari Roundhead yang sedang minum di sana”.

“Setidaknya mereka tidak tahu yang mereka telah pergi. Mereka mungkin terbunuh dengan letupan atau bola meriam yang mereka tidak nampak dan masih belum sedar apa yang berlaku. Akan tetapi ramai yang tua suka ke gereja tahu mereka sudah pergi, tapi bukan seperti apa yang paderi mereka beritahu mereka. Dan sebelum kamu percaya, paderi-paderi, sami-sami, biarawan-biarawan dan paus-paus yang paling teruk”.

“Kami ada beribu mereka yang duduk sekeliling menggeleng kepala bertanyakan kenapa mereka belum dipanggil. Mereka ada banyak persoalan yang perlu dijawab. Mereka hidup kehidupan yang putar-belit dan meyakinkan beribu berjuta yang lain melaku yang sama. Ianya menyusahkan kami di sini, kamu tahu”.

“Saya minta maaf, Sarah, tapi kamu membuat saya tidak faham balik. Saya tahu ramai pendeta agama yang hipokrit, tapi ramai yang cuba berbuat baik…”.

“Ya, ada betulnya, tapi bagaimana kamu berusaha menjadi guru jika kamu tidak yakin dengan ajarannya?”.

“Mereka ada kesahihan untuk ajar apa di dalam kitab Injil atau Quran atau apapun, kan?”.

“Ya, tapi mereka mungkin tidak ada semasa guru-guru tersohor itu berkata yang Benar, atau jika ya mungkin mereka terlupa. Mereka mengajar mengikut buku-buku yang entah siapa penulisnya dengan apa agendanya? Saya rasa ianya tidak betul untuk mengajar dari buku yang orang lain kata ianya betul”.

“Jadi guru-guru hebat itu, sebagaimana yang kamu cakap, wujud kah masa itu?”.

“Oh, ya, dan Buddha dan beribu lagi, mungkin puluhan juta lagi sepanjang masa lampau. Dua hal yang diselewengkan dalam Kristian ialah pendapat yang Jesus adalah cuma anak Tuhan dan matinya untuk dosa semua orang. Maksudku, ianya sungguh kelakar sehingga saya ingin bersumpah. Kedua-dua konsep itu yang membuatkan ramai orang tersesat jalan dalam Kepercayaan lebih dari yang lain, dan ada beribu lagi peserta untuk pendapat terbodoh, percayalah”.

“Saya percaya, Sarah, tapi kenapa?”.

“Jadi, Jesus lelaki yang mati di Salib. Dalam kata lain dia seperti orang lain yang mati. Selepas itu Rohnya berjalan keluar dari jasadnya yang sudah tidak berguna, sama seperti orang lain. Kita semua, setiap orang yang dilahirkan, ialah anak kepada Tuhan. Itulah sebabnya kita semua adik beradik”.

“Yang kedua, tiada sesiapa boleh membayar harga dosa orang lain. Ini mengarut. Itu bermakna orang yang paling jahat ada masa untuk meminta maaf apabila nazak dan semuanya kira beres. Tidak patutlah! Itu bukan cara Karma. Semua orang bertanggungjawab terhadap kesalahan sendiri dan tidak boleh lepaskan diri, tidak kiralah apa yang dikatakan mana-mana buku. Itu undang-undang kehidupan yang tidak boleh dinafikan”.

 

“Fikirlah… jika tidak ianya akan beri kebebasan untuk sesiapapun mencuri dan merogol, merompak dan membelenggu sepanjang masa hidup, minta maaf selepas itu dan buat lagi selepas itu. Tidak, sesiapa yang berpendapat begitu adalah jahat dan gila dan ianya bukan Jesus”.

“Kamu sudah berjumpa Dia? Jesus?”.

“Tidak, belum lagi. Dia seorang yang amat sibuk, sebagaimana semua guru-guru hebat. Semua orang mahu berjumpa dengannya, bila mereka sedar di mana mereka.Saya pernah diberitahu dia pernah ke sini, tapi sebelum masaku di sini”.

“Baiklah, saya faham. Saya teringat kamu kata ada banyak tempat seperti Annwn, jadi dia hidup di tempat lain, kan?”.

“Er, ya dan tidak. Ini satu soalan menarik. Ianya lebih senang difahami jika kamu tempat-tempat itu diberi nama berbeza, tapi sebenarnya semua tempat itu adalah sama. Seperti pekan-pekan dalam sebuah negara, bilik-bilik dalam hotel atau kamar-kamar dalam rumah besar, seperti yang Jesus pernah kata. Ianya lebih senang jika setiap tempat diberi nama atau nombor, tapi semuanya di tempat atau kawasan yang sama. Kamu nampak? Saya tidak pasti saya menerangkannya dengan betul”.

“Kami panggil tempat ini Annwn dan ramai antara kita adalah Welsh, tapi orang Scandinavia panggilnya Valhalla, jadi ianya tempat yang sama dan ianya juga Syurga. Kami fikir yang tempat ini bawah tanah, begitu juga orang Scandinavia, tapi majoriti orang Kristian fikir yang Syurga ada di langit. Ada yang fikir ianya di bawah laut atau di pulau yang jauh, tapi semuanya tempat yang sama, tapi sedikit berlainan”.

“Lihatnya begini, pemikiran nasional penduduk menentukan di mana ia dan bagaimana ia diperlihatkan… secara amnya, tapi ianya boleh diubah mengikut individu juga. Ianya seperti, saya kata warna itu menyala, yang lain kata saga dan kamu kata macam darah, tapi semuanya merah”.

“Jadi, di mana bandar Annwn?”.

“Mmm, kamu buatnya susah, kan? Tidak mengapa, itu sebahagian tugas saya. Annwn boleh berada di mana sahaja kamu mahu. Orang Welsh secara semulajadi fikir ia di Wales. Lagipun, tidak semua fikir ia di bawah tanah; ada berfikir ianya di tepi pantai”.

“Bagaimanapun, jadi, secara umum, ia di Wales. Kita dari selatan Wales, dan Bryn Teg khususnya, jadi kita mahu ia di situ, dan ianya di situ, tapi seseorang dari, katakan, Harlech inginkan ia di sana, mungkin, dan untuknya di situlah ia. Ada penulis sepanjang sejarah menulis di mana ianya dalam tulisannya, tapi mereka tidak sedar yang ianya di semua tempat, di mana sahaja dan bukan di mana-mana pada masa sama”.

“Jadi, kita di bawah pergunungan kita?”.

“Uh, ya. Jika kita inginkannya. Ya. Marilah katakan ya, ia lebih mudah”.

“Saya suka di sini, tapi ianya agak aneh, kan?”.

“Sebenarnya, ianya normal… apa yang ada di atas sana yang aneh. Diukur dalam tahun bumi, roh-roh mengambil masa lebih lama di Dunia Lain, dari ‘yang di atas’, tapi saya setuju. Ianya cuma perlu dibiasakan semula dan kamu pun sudah lihat, ada orang yang berdekad untuk biasakan diri”.

“Berapa lama perlu kita belajar? Maksudku masa tiada had, kan?”.

“Oh, ya! Masa adalah masalah paling kecil. Kamu ada semua masa di sini dan lebih lagi. Tiada siapa akan kehabisan masa. Itu bukan masalah. Masalahnya ialah bila orang sedar berapa banyak masa yang dibazirkan dan apa peranan mereka sebenarnya. Ianya menjadi suatu kejutan besar pada ramai orang. Satu hari, semua orang sedar, saya pasti, dan kebanyakan mereka merasa sangat kesal - lebih-lebih lagi ‘guru-guru’ olahan sendiri, paderi-paderi dalam masyarakat. Mereka sangat terkesan olehnya. Ianya menyedihkan untuk dilihat”.

“Kamu sudah lihat ini?”.

“Ya, banyak kali”.

“Saya syukur kamu membantuku menjadi lurus, Sarah”.

“Terimakasih. Ianya seronok bila saya boleh bantu”.

“Tunggu sebentar… Saya perlu kamu untuk, er,…”.

“Menunjuk arah…”.

“Ya, untuk menunjuk saya arah, tapi bagaimana dengan orang lain seperti Roundhead?”.

“Semua orang ada Penunjuk arah, satu Pemandu Roh, mengikut kehendak masing-masing dalam pembelajaran dan itu berubah mengikut waktu. Saya sebenarnya bukan Pemandu Rohmu, tapi ianya biasa jika seseorang itu berminat dengan orang yang rapat dengannya”.

“Terimakasih, sayangku. Jadi, siapa Pemandu Rohku?”.

“Saya minta maaf, tapi hanya dia sahaja yang boleh menunjukkan dirinya padamu dan terpulang padamu untuk mendengar bila dipanggil olehnya. Kadang-kadang, Pemandu jadi bosan jika dipinggir beberapa lama dan pergi. Mereka tidak sepatutnya, tapi siapa boleh salahkannya? Ianya seperti disuruh tunggu di talian sejam oleh lembaga gas”.

“Jadi, adakah ia suatu pekerjaan di sini?”.

“Ya, tapi saya akan perjelaskannya nanti, jika kamu tidak keberatan. Mari kita keluar dari sini. Kamu mahu melawat sekolah saya?”.

“Ya, baiklah. Maksudmu di mana kamu pernah pergi ke sekolah, atau maksudmu mengajar?”.

“Tidak, maksudku di mana saya bersekolah. Saya berharap untuk mengajar satu hari nanti, tapi untuk masa ini belum lagi. Dalam keadaan ini, saya cuma berada di sini sepuluh minit sahaja”.

“Padamu ianya sepanjang lima tahun, Sarah”.

“Adakah ia sepanjang itu? Dengan tiada matahari, dan keinginan untuk kerja, kami tidak mengukur masa sama seperti kamu. Kami berfikir tentang kemajuan bukan jam”.

“Ianya lucu, kami tidak fikir tentang hantu pergi ke sekolah. Sekolah Berhantu. Ianya perkataan yang baik kan? Belajar menyakat jiran-jiran dan anjing meraung semasa malam dalam tiga kali. Geran tersedia untuk yang memerlukan”.

“Sangat lucu, saya tahu! Ianya bukan seperti itu. Apa yang kelakar ialah orang di bumi berfikir yang mereka akan menjadi malaikat yang serba tahu dan yang lain akan jadi jembalang atau hantu. Pernahkah saya berfikir seperti itu, Willy?”.

“Saya tidak ingat berbincang hal itu dengan kamu. Kita juga jarang mengambil masa berfalsafah, kan?”.

“Tidak, saya rasa tidak. Mari masuk, ianya di atas tangga ini”.

To koniec darmowego fragmentu. Czy chcesz czytać dalej?